PEKELILING TERKINI

 Assalamualaikum semua. Untuk makluman, terdapat perubahan rujukan pekeliling daripada JPA.  Mohon semua untuk rujuk di Portal MyPPSM https://docs.jpa.gov.my/ppsm/ . Walaubagaimanapun, terdapat pekeliling yang masih boleh di rujuk di Portal MyPPSPP https://docs.jpa.gov.my/ppspp/ . 

 

Sebagai contoh, untuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 4. Tahun 2015, CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat, telah dibatalkan. Dan telah di ubah menjadi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.2.1 https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/20/ .

 

Jadi, sebarang surat yang mengandungi pekeliling mohon buat semakan dahulu di portal. Jika ada pegawai yang mendapati  terdapat  sebarang perubahan pada pekeliling. Boleh inform kawan kawan yang lain. Terima kasih.

 

Sumber dari Pn. Umi Suhara_08/12/2021_11:00pg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan