IdMe

Isu Permohonan Tahun 1/ 2025 (idme):

1. Semakan keputusan di pautan https://idme.moe.gov.my

2. Cetak surat tawaran & hantar ke sekolah untuk pengesahan. 

3. Pengesahan hanya dibuat oleh pihak sekolah.

4. Klik button PENGESAHAN (merah) menggunakan id PKHEM

    (peranan pentadbir).

5. Ibu bapa TIDAK PERLU buat pengesahan.

6. RAYUAN hanya boleh dibuat apabila tidak bersetuju dengan kelulusan

    yang diberikan.

7. Tempoh RAYUAN adalah sebulan mulai 1 Oktober 2024.

8. Ibu bapa TIDAK BOLEH buat rayuan ke sekolah pilihan

     pertama dan kedua sekiranya gagal.

9. Sekiranya ibu bapa masih hendak buat pilihan ke sekolah pilihan pertama,

    permohonan tersebut boleh dibuat melalui borang PUA 275 (pertukaran secara

    manual) selepas 2/3 minggu sesi persekolahan dibuka.

10. Dengan itu, keputusan penempatan ini adalah muktamad.

11. Keputusan RAYUAN (pilihan sekolah selain pilihan pertama & kedua)

      mulai 1 Disember 2024 (Ahad).

12. Permohonan Tahun 1 masih dibuka sehingga 7 Februari 2025.

13. Permohonan secara manual (ASBS) bg permohonan LEWAT akan bermula

      selepas 7 Februari 2025.

14. Permohonan bertukar/ pindah boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga

      7 Februari 2025. (PPD akan buat batal verifikasi).

Sekian, mohon ambil maklum & perhatian bagi perkara tersebut.

Moga segala urusan kita dipermudahkan.

Sumber@Info : PK HEM SKPTen | 02/10/2024 | 01:12 pm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan